1) Sakit perut keracunan makanan
Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.
2) Masalah Kecacingan
Sebiji nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua sudu makan madu atau sirap gula batu. Kacau dan beri pada anak yang ada masalah kecacingan.
3) Demam
Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam, tetapi jika demam masih berlarutan sila dapatkan rawatan segera.
4) Melawaskan pembuangan air kecil
Buah nanas yang telah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dapat melancarkan sistem pembuangan air kecil.
5) Terseliuh/Sakit Urat
Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.
Selamat mencuba
Kredit Fb Ana Mahabu
0 Comments
Catat Ulasan