1. Normal
2. Berminyak
3. Kering
4. Kombinasi
Nak tahu jenis kulit kita ,senang jer cuci muka dengan cleanser dan biarkan kering.
Selepas 1 jam ambil tisu dan letak di kawasan T zone dan dap dap kan.
Kulit Normal - tiada kesan minyak atau kulit kering.
Kulit berminyak - ada kesan minyak pada tisu dan kulit nampak berkilat.
Kulit kering - ada kesan kulit mengelupas dan kulit terasa tegang dan kering.
Kulit kombinasi - gabungan semua jenis kulit diatas berminyak di kawasan T-Zone dan kering di bahagian lain.
Ok dah paham jenis kulit anda,semoga bermanfaat.
TIP KULIT CANTIK DAN SIHAT
1) Skincare (cleanser, toner, moisturizer, scrub). Pilih skincare yang betul dan sesuai untuk kulit kita.Pastikan produk selamat, tanpa bahan kimia berbahaya dan mendapat kelulusan dari KKM.
2) Cuci muka 2 kali sehari, ini yang paling basic.Bersihkan muka dari kekotoran dan make up.Elakan menggosok muka terlalu kuat dan kasar kerana ia boleh merosakan kulit
3) Guna krim pelindung UV, sebenarnya ramai yang skip step ni,salah tu.Cuaca kita ni panas dan sinaran UV salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kulit seperti jeragat, sunburn, dan jerawat.Sinar UV juga akan merosakan kulit kita,guna sunscreen SPF 30 atau lebih pasti kulit nampak cantik dan muda.Cuba la..
4) Makan makanan seimbang.Banyakan pengambilan sayuran dan buah-buahan.Pilih makanan yang bersesuaian.
5) Minum air putih yang mencukupi.Tahu tak 60% badan kita terdiri daripada air.Jika air cukup baru badan boleh melakukan proses detok dengan baik dan fungsi tubuh badan pun akan berjalan lancar.Cara minum 1 liter air= 25kg berat badan kita.
6) Rajin-rajin lah bersenam seperti berjogging, senaman mengurangkan stress dan membantu meningkatkan metabolisme badan.Jika kita sihat kulit pun akan sihat berseri.
7) Tidur yang cukup boleh membantu kita mendapatkan kulit yang cantik.
Ok setakat ini sahaja tip untuk kulit cantik.Amalkan selalu dan insyaallah anda akan nampak perbezaannya
0 Comments
Catat Ulasan