Hai assalamualaikum hari ini, che na nak cerita tentang Intermittent Fasting (IF) yang kini menjadi trend dan sangat popular dikalangan para selebriti tanahair.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal ramai di kalangan kaum wanita yang memilih untuk melakukan diet IF.Untuk entry kali ini che na ingin berkongsi serba sedikit apa yang anda semua perlu tahu sebelum nak mulakan diet Intermittent Fasting

Apa itu intermittent fasting?
Intermitten Fasting adalah 1 kaedah mengatur pelan pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu kita berpuasa.Uniknya Intermitten Fasting (IF) ini, dalam tempoh berpuasa kita boleh minum air putih, teh atau kopi tanpa gula dan susu.


Tip untuk kita mulakan intermitten fasting
Mulakan dengan perlahan-lahan mengikut kemampuan tubuh badan kita.Banyakan minum air putih untuk elakan berlakunya dehidrasi sepanjang proses IF.

Makanan yang perlu dielakan sepanjang Intermittent Fasting (IF)

1. Elakan ambil makanan manis.
2. Elakan makanan berasaskan gandum yang ada gluten seperti kuih, roti dan biskut.
3. Elakan ambil makanan yang diproses seperti sosej dan nugget.
4. Elakan pengambilan karbohidrat ringkas
5. Lebihkan ambil protein seperti daging, ayam dan ikan.

Asas Intermitten Fasting
- Berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam
- Tidak ambil makanan dan minuman bergula sepanjang diet Intermitten Fasting.



Cara- cara buat intermitten fasting

Buat ikut kemampuan tubuh badan masing-masing.Ini adalah cara yang biasa dilakukan oleh che na.
> 12 jam puasa, 12 jam waktu makan
> 14 jam puasa, 10 jam waktu makan
> 16 jam puasa, 8 jam waktu makan
> 18 jam puasa, 6 jam makan
> 20 jam puasa, 4 jam waktu makan

Untuk mereka yang baru nak mulakan Intermitten Fasting ini che na cadangkan buat yang basic dulu iaitu 12 jam puasa ,12 jam makan.

7 kebaikan dan kelebihan intermitten fasting adalah :

1. Membantu mengawal berat badan
2. Badan lebih ringan dan rasa lebih sihat
3. Membantu membakar lemak berlebihan
4. Membantu singkirkan pathogen
5. Memperbaiki sistem pencernaan
6. Kulit lebih sihat dan bebas jerawat
7. Meningkatkan imuniti badan

Ada golongan yang tidak sesuai untuk melakukankan, contoh seperti ibu hamil, 
ibu yang menyusu, mereka yang ada masalah pemakanan seperti pesakit anorexia, pesakit diabetes mellitus dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Diet Intermitten Fasting ini boleh menurunkan berat badan 5@6 kilo dalam tempoh 2 minggu jika konsisten. Dari sudut kesihatan Intermittent fasting juga boleh mengurangkan kolesterol, lemak pada organ hati dan memperbaiki tekanan darah.

Kenapa misi menurunkan berat badan secara sihat biasanya tidak berjaya?
Ini adalah kerana ramai antara kita yang tiada disiplin dan kesungguhan untuk melakukan intermitten fasting secara konsisten. Nutrisi dan suplemen yang  boleh membantu untuk menurunkan berat badan 

Kesimpulannya usaha tangga kejayaan, semoga anda berjaya.Terima kasih kerana sudi membaca entry saya untuk kali ini, jumpa lagi untuk posting  seterusnya yang lebih menarik lagi.

#blogmegashaklee