Secara umumnya kita tahu puasa ini banyak kebaikan untuk turunkan berat badan dan banyak manfaat untuk kesihatan.Untuk entry pada kali ini che na ingin kongsikan mengenai keburukan Intermitten Fasting yang ramai tidak tahu.
Untuk mendapatkan kesan terbaik daripada Intermittent Fasting tanpa memudaratkan diri, kita boleh amalkan Intermittent Fasting 12-16 jam sahaja. Sila rujuk di artikel ini kebaikan Intermitten Fasting.
Tahukah anda 72 jam adalah jangka masa sebenar untuk melakukan Intermitten fasting, Tempoh masa ini lebih efektif untuk dapat result yang cepat akan tetapi tidak ramai yang mampu berpuasa lebih 72 jam.
Manfaat Berpuasa mengikut jam
Puasa 2 jam - Selepas makan gula akan meningkat,untuk break down glykogen pankreas akan rembeskan insulin
Puasa 4-8 jam - Hormon insulin dan kandungan gula dalam badan akan mula menurun, disebabkan tiada gula dari luar maka gula simpanan yang ada akan dibakar untuk menjadi sumber tenaga.
Puasa 12-16 jam - Pada masa ini proses pembakaran gula simpanan mula berlaku dan sistem penghadaman akan mula berehat kerana tiada makanan untuk dicerna. Pada masa ini juga hormon glukagon akan dilepaskan dan hormon ini akan menukarkan glykogen dalam hati dan otot agar boleh diserap kedalam salur darah untuk menjadi sumber tenaga.
Puasa 17-24 jam - Ketika ini baru proses autophagy diaktifkan dan dari sini proses detok akan berlaku dimana sel sel dalam badan akan mula makan sel yang telah mati dan rosak.
Proses autophagy ini akan berlaku sehingga 72 jam. Apabila kimia ketone dilepaskan dari hati dan masuk ke dalam aliran darah sebagai bahan bakar ia akan meningkatkan kadar metabolisma. Ia berlaku apabila badan tiada gula atau glukosa yang mencukupi untuk menjadi sumber tenaga.Oleh kerana kita perlukan yenaga baru, tubuh akan mula memecahkan lemak simpanan sebagai sumber tenaga.
Puasa 36-48 jam - Proses autophagy semakin meningkat dan HGH ( Human Growth Hormone) juga akan meningkat untuk tubuh generate sel yang baru.
Puasa 72 jam - Autophagy masih berlaku dan penghasilan sel sel meningkat secara langsung itu akan meningkatkan sistem imun badan.
5 Keburukan Intermitten Fasting
1. Rasa Lapar Yang Keterlaluan
Cabaran bagi mereka yang obesiti ialah rasa lapar yang keterlaluan dari biasa. Apa yang paling sukar dilakukan apabila kita sudah terbiasa makan pada lewat malam ialah menahan lapar. Paling minima untuk menahan diri dari lapar adalah 12 jam sehari, dan boleh dilakukan sehingga 16 jam, 18 jam dan 72 jam lamanya.
2. Masalah Susah Tidur Malam(Insomnia)
Masa tidur adalah waktu untuk tubuh kita berehat. Apabila kita buat Intermittent Fasting, tidur akan terganggu apabila kita terlalu lapar. Rasa lapar yang keterlaluan akan meningkatkan tahap kortisol dan akan meletakkan brek pada pengeluaran melatonin yang diperlukan badan untuk kita rasa mengantuk dan ingin tidur. Untuk membantu anda tidur Che na cadangkan pengambilan ESP Protein yang membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama.
3. Emosi Terganggu
Kita bila rasa lapar akan efek pada emosi kita, mula rasa nak marah dan tak ada mood Kadang-kadang rasa pening dan sakit kepala. Ini antara tanda tanda keburukan melakukan Intermittent Fasting. Ada juga yang bacaan gula atau darah naik secara tiba-tiba dan ada yang sampai nak pitam.
Bila dengar macam ni mesti ramai takut nak buat Intermitten Fasting kan, kalau tiba-tiba terjadi kepada diri kita. Jadi sebelum melakukan IF kita perlu lakukan persediaan mental, kaji dan cari info tentang IF. Apabila kita tidak bersedia akan berlaku sesuatu yang akan memudaratkan kesihatan.
4. Kekurangan Nutrisi & Garam Mineral Dalam Badan
Sepanjang melakukan Intermitten Fasting apabila kita tidak menjaga pemakanan, badan kita akan berisiko tinggi untuk mengalami simptom kekurangan garam mineral dan nutrisi.
Masalah kekurangan garam mineral boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti hypothermia, kejang otot, tekanan darah rendah, masalah pencernaan serta masalah kesihatan mental.
Alternatif lain untuk mengelakkan masalah kekurangan garam mineral dan nutrisi semasa melakukan Intermitten Fasting, anda boleh mengambil supplement Set Kurus dalam diet harian. Di dalam set ini telah lengkap semua nutrisi penting yang diperlukan oleh badan.
5. Tahap Kolagen Berkurangan 90%
Apabila kita melakukan Intermittent Fasting tahap kolagen kita akan berkurang sebanyak 90% dan kulit akan nampak kering , kusam dan kurang anjal.
Kita berjaya turunkan berat badan tetapi muka kita akan nampak kering kusam dan tua dari usia sebenar. Apabila badan kita kehilangan kolagen, kulit wajah, kulit tangan , kaki dan seluruh anggota badan kita akan nampak kendur, berkedut dan kurang anjal.
Proses Autophagy sangat penting untuk tubuh badan berfungsi dengan baik dan mengelakkan pelbagai masalah termasuklah penuaan, kemerosotan neuro dan kanser.
Bila kita berpuasa, proses autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang tidak berfungsi dan guna semula untuk menghasilkan tenaga.
Autophagy ialah proses di mana sel-sel akan membersih, membaikpulih, menghasilkan sel baru yang lebih sihat atau memusnahkan dirinya sendiri (sekiranya telah rosak dan tidak dapat dibaikpulih lagi)
Autophagy dirangsang bila tubuh badan kita berada dalam keadaan lapar. Apabila kita melakukan Intermittent Fasting, badan kita ambil masa 16-18 jam ke atas untuk capai proses autophagy.
Prof Dr Redza seorang pakar nutraceuticals tempatan, berkata ada beberapa jenis suplemen yang dapat membantu mengaktifkan autophagy iaitu :
- Resveratrol iaitu sejenis polifenol
- Astaxantin
- Citrus bergamot
- Berberine
- Turmeric
6 Comments
Setiap jam berpuasa ada manfaatnya..terima kasih atas perkongsian in
BalasPadamTerima Kasih juga singgah blog che na.Semoga bermanfaat
PadamIntermittent Fasting ni bagus kalau betul caranya
BalasPadamBetul tu kena ilmu
Padamok faham kalau saya memang susah sikit nak buat IF ni sebab kaki makan
BalasPadamSelera makan tengah ada alhamdulillah
PadamCatat Ulasan