1. Jangan Skip Sarapan
Jangan berlapar dan skip sarapan pagi atau makan tengahari kerana ia tidak akan membantu anda untuk kurus dengan cepat. Semasa kita lapar metabolisma badan akan menurun (rendah).
2. Memilih Hidangan Dengan Betul
Memilih hidangan dengan cara mengambil sayuran dulu, kemudian nasi dan yang terakhir lauk ikan atau daging. Jika ingin menambah hanya ambil sayuran sahaja.
3. Kurangkan Kuantiti Karbohidrat
Ambil saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan untuk makanan sumber karbohidrat seperti nasi, mee dan roti. Pastikan separuh dari hidangan adalah sayur.
4. Ambil Protein Tanpa Lemak
Ambil protein dengan jumlah dan jenis yang betul boleh membantu menurunkan berat badan kerana protein mengurangkan hormon lapar (ghrelin) dan meningkatkan hormon kenyang (kolesistokinin). Ambil protein yang cukup boleh meningkatkan metabolisme dan membakar lebih kalori.
5. Jangan Makan Lewat Malam
Jangan makan selepas jam 7 malam, ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Jika kita tidur sebelum makanan dapat dihadamkan, kenaikan berat badan akan berlaku kerana pada waktu itu tubuh kita kurang keupayaan untuk membakar lemak.
6. Amalan Berpuasa/Intermitten Fasting
Jadikan berpuasa sebagai amalan, anda juga boleh buat Intermitten Fasting sebagai salah satu tip kuruskan badan, dengan mengurangkan waktu masa makan secara tidak langsung anda dapat mengurangkan pengambilan kalori. Cadangan ambil suplemen Set Puasa untuk mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa.
7. Jangan Ambil Minuman Bergula
Gantikan minuman yang bergula dengan air tanpa gula boleh membantu kuruskan badan. Minuman bergula penyumbang kepada tinggi kalori. Banyakkan minum air kosong sekurang kurangnya 2 liter sehari.
8. Tidur Yang Cukup
Tidur juga membantu kepada penurunan berat badan.Tidur malam yang cukup antara 7 ke 8 jam membantu meningkatkan kadar metabolisme pada esok harinya.
9 . Jangan Makan Buah Berlebihan
Jangan makan buah berlebihan, walaupun buah sangat bagus dan mengandungi zat vitamin tetapi ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
10. Ambil Suplemen/Makanan Tambahan
Ambil makanan tambahan seperti omega 3 yang meningkatkan metabolisme badan atau suplemen protein yang boleh mengurangkan rasa lapar, meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan memberi tenaga yang berpanjangan . Suplemen yang membantu untuk kurus ada disini.
Adakah Senaman Wajib Untuk Kurus?
Senaman tidak wajib, tetapi ia membantu mempercepatkan usaha untuk kurus. Ramai antara kita yang memilih aktiviti berzumba atau jogging sebagai senaman dengan harapan dapat membakar lemak.
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos dan elakkan minuman seperti 100 plus, air bekarbonat atau milo selepas berjogging.
Pentingnya kualiti senaman hanya perlu bersenam 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu tidak perlu hari-hari. Senaman dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menaikkan stamina.
Adakah Suplemen Membantu Kita Untuk Kurus?
1. Lambakan pil kurus di pasaran yang katanya boleh membantu untuk kurus dengan cepat, tetapi itu adalah mustahil kerana tiada pil yang boleh kuruskan badan tanpa gabungan pemakanan asas yang baik.
2. Protein adalah suplemen pilihan yang baik untuk membantu menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori dan memberi rasa kenyang yang berpanjangan, sesuai dijadikan makanan gantian (meal replacement).
Tidak ada jalan pintas untuk kurus dengan cepat, semuanya perlukan masa dan ada prosesnya. Entri lain tentang Tips Kurus Dengan Cepat baca disini.
Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang untuk turunkan berat badan secara sihat. Semoga entri ini bermanfaat
2 Comments
Nak kurus tak mudah, Tip ini boleh membantu kalau nak kurus
BalasPadamBetul kena konsisten, semoga tip ni boleh membantu
PadamCatat Ulasan