Ramai antara wanita yang berumur 40 tahun keatas akan mengalami masalah jeragat.Kulit yang mudah naik jeragat di muka adalah disebabkan kulit kita terlalu kering dan kerap terdedah dengan sinar UVA dan UVB.
Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.
Untuk mengurangkan jeragat ramai wanita diluar sana telah menggunakan pelbagai kaedah, cara dan petua untuk hilangkan jeragat,
Punca-Punca Terjadi Jeragat
1. Sinar UV
Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari tanpa sebarang krim pelindung suria akan merosakkan struktur kulit kita.Bila kulit kita kerap terdedah dengan sinar UVA & UVB, ia akan merosakkan DNA kulit dan menyebabkan jeragat
3) Parut Jerawat
Parut jerawat berlaku ketika berlaku keradangan pada kulit sewaktu mengalami masalah jerawat. Jerawat kering dan bertompok akan meninggalkan kesan hitam. Kulit menjadi tidak sihat kerana banyak sel kulit mati dan tidak aktif dan lama kelamaan ia akan membentuk jeragat yang besar.
4) Perubahan Hormon
Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh sel badan kita. Semakin kita meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin kurang.
Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kurangnya penghasilan kolagen untuk menggantikan tisu dan sel baru untuk kulit wajah dan meninggalkan tompok hitam dan kulit kusam yang jadi punca jeragat.
5. Faktor Keturunan
Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Akan tetapi tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan moden yang bersesuaian.
6. Produk Kecantikan Berbahaya
Produk yang mengandungi bahan yang berbahaya mengakibatkan lapisan perlindungan kulit menipis dan terhakis. Sinaran UV akan terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.
- Retinoid
- Asid Salycilic (BHA)
- Niacinamide
- Asid Kojic
0 Comments
Catat Ulasan