Assalamualaikum semua semoga sihat dan ceria selalu, alhamdulillah berjumpa lagi kita di entry yang baru di mana pada kali ini, saya ingin berkongsi mengenai rahsia kulit cantik dengan vitamin E Shaklee.

Sebelum anda pilih Vitamin E, anda boleh lihat garis panduan memilih suplemen Vitamin E yang terbaik yang diberikan oleh Dr Bruce Miller.

1. Pastikan Vitamin E yang anda pilih dari sumber semulajadi (anda boleh lihat pada label suplemen ada tulisan kecil d-alfa-tocoferol.Jika huruf (l) atau (dl) ia adalah dari sumber kimia.
2. Ada perkataan mixed tocopherol pada label
3. Pilih Vitamin E yang ada kandungan selenium.



Kenapa perlu pilih dari sumber semulajadi?

Kerana vitamin dari sumber semulajadi lebih baik dan lebih mudah diserap oleh badan berbanding daripada sumber tiruan/kimia yang tidak dapat diserap oleh tubuh sepenuhnya.Ini boleh menyebabkan toksik terkumpul dan sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam badan kita.

Apa yang menariknya tentang Vitamin E Complex Shaklee?

Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan tinggi antioksidan, dimana ia membantu masalah selular dalam badan.

Selain dari vitamin C, vitamin E juga terkenal sebagai vitamin cantik. Pada mereka yang inginkan kulit lebih sihat, licin, cantik dan awet muda saya cadangkan pengambilan Vitamin E setiap hari 1 kapsul.

Vitamin E Complek Shaklee juga membantu dalam mengurangkan garis halus dan tanda penuaan pada kulit wajah.Sangat sesuai diambil oleh mereka yang ada masalah kulit seperti tanda parut, kulit kering dan jeragat.Vitamin E Complex Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran.

Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E itu.Setiap kapsul softgel Vitamin E Complex Shaklee menyediakan 400iu vitamin E semulajadi dan 65mcg selenium.

Vitamin E Complex Shaklee pilihan terbaik  kerana 

1. Dari sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E, D-Alpa Tocopherol Concentrate dan D Alpha Tocopheryl Acetate.

2. Mengandungi 65mcg selenium

3. Dilengkapi dengan 39.4mg grapeseed ekstrak yang berfungsi sebagai Proantosianidin (sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus).

Vitamin E Complex bukan sahaja membantu memudarkan parut dan tanda gelap pada kulit, tetapi ada banyak lagi kelebihan yang lain.


Kelebihan Vitamin E Shaklee

1. Pengambilan harian 800iu Vitamin E Complex dapat membantu memelihara kesihatan jantung.

2. Kajian pada Tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU- 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma dan meningkatkan tenaga seksual mereka.

3. Anti-Penuaan-1 kapsul Vitamin E sehari dapat membantu melambatkan garis penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona kulit wajah.

4. Anti-Oksidan Yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200iu sehari berfungsi sebagai anti-oksidan yang berkesan untuk membantu melawan sel kanser, menguatkan sistem imun badan, menghalang atau melambatkan pertumbuhan sel tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

5. Memperbaiki Tanda Parut-Vitamin E juga dapat membantu memudarkan tanda hitam, mengurangkan jeragat, tanda luka dan kesan parut.

Adakah Vitamin E Selamat?

Dalam buku ‘Prescription For Longevity’ yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat perbincangan mengenai keselamatan Vitamin E dengan terperinci. 

Terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan Vitamin E.Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu membantu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan stroke 33%.

Ingin tahu lagi tentang Vitamin E Complex Shaklee.Sila hubungi saya Pengedar Shaklee Ampang & Maluri Cheras Nak Order Klik Disini