Assalamualaikum berjumpa lagi kita pada kali ini dengan tajuk cara register Shopee Affiliate.Sekarang trend orang mencari duit sampingan dengan cara buat affiliate samaada di tik tok atau platform shopee.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar program Shopee Affiliate:


Langkah 1: Lawati Laman Shopee Affiliate

1. Pergi ke laman rasmi Shopee Affiliate Program melalui pautan di bawah:
Shopee Affiliate 

Masukan Referral Code
RH2CLE9.Klik pda butang Sign Up atau Daftar Sekarang.

Langkah 2 : Log Masuk atau Buat Akaun

Jika anda sudah mempunyai akaun Shopee, log masuk menggunakan akaun tersebut.

Jika belum, daftar akaun baharu dengan mengisi butiran asas seperti e-mel, nombor telefon, dan kata laluan.

Langkah 3: Lengkapkan Profil

1. Masukkan maklumat seperti:

Nama penuh anda

URL media sosial, blog, atau laman web (jika ada).

Jenis platform yang anda gunakan untuk promosi (contoh: Instagram, Facebook, atau TikTok).

2. Pilih kaedah pembayaran (biasanya melalui akaun bank anda)

Langkah 4: Tunggu Pengesahan

Shopee akan menyemak permohonan anda.

Proses ini biasanya mengambil masa antara 3 hingga 5 hari bekerja.

Langkah 5: Mulakan Promosi

1. Setelah akaun anda diluluskan, log masuk ke dashboard Shopee Affiliate.

2. Cari produk yang ingin anda promosikan dan dapatkan pautan afiliasi unik.

3. Kongsikan pautan tersebut di media sosial, blog atau saluran promosi anda.

Langkah 6: Masuk ke Dashboard Shopee Affiliate

1. Log Masuk ke akaun Shopee Affiliate anda melalui Shopee Affiliate Platform.

2. Di dashboard, anda akan melihat:

Statistik klik dan pendapatan.

Produk yang dipromosikan.

Pautan afiliate anda.

Langkah 7: Cari Produk untuk Dipromosikan

1. Pergi ke bahagian Product Selection dalam dashboard.

2. Pilih produk yang relevan dengan audiens anda (contohnya, produk kecantikan untuk audiens wanita, atau barangan teknologi untuk pencinta gajet).

3. Salin link afiliate unik untuk setiap produk yang anda pilih.

Langkah 8: Promosikan Pautan Afiliasi Anda

1. Media Sosial:
Kongsikan link di Facebook, Instagram, TikTok, atau Twitter.

Buat posting menarik seperti ulasan produk, promosi atau testimoni.

2. YouTube atau Blog:
Tulis artikel ulasan produk atau buat video demo.

Letakkan link afiliate di deskripsi video atau artikel.

3. WhatsApp dan Telegram:
Hantar link kepada kumpulan atau rakan-rakan yang berminat dengan produk tersebut..tetapi jangan spam

Tips untuk Pendapatan Lebih Tinggi

Pilih produk popular yang sesuai dengan audiens anda.

Gunakan kandungan seperti ulasan produk, video promosi, atau artikel panduan untuk menarik perhatian pengguna.

Langkah 9: Tingkatkan Jualan dengan Strategi Promosi

1. Tawaran dan Diskaun:
Maklumkan tentang promosi khas atau diskaun Shopee kepada audiens anda.

2. Gunakan Visual yang Menarik:

Gunakan gambar atau video berkualiti tinggi untuk menarik perhatian.

Pantau prestasi melalui dashboard dan terus optimalkan strategi promosi anda. Semoga Berjaya